Sunday 27 May 2012

Mamadaddy luvs you

Mamadaddy luvs you adalah perniagaan online yang diusahakan oleh Yusfaizal Yunus dan isterinya, Suhanna Abu Hassan saya mulai April 2011. Kami beroperasi dari Putrajaya dan memberikan perkhidmatan jualan lampin kain untuk jenama Babyland,QQ Baby dan Sunny Baby. 


Kami boleh dihubungi melalui 
email : mamadaddyluvsu@gmail.com
mobile no: 012-6551096 (yusfaizal)
           012-2694653 (suhanna)

daddyEusuff




Thursday 23 June 2011

TroubleShooting

Selamat Pagi semua...

Lately ni ade bebarapa komen dari my customer apsal anak mereka still bocor even dah pakai double insert?
So, sesi troubleshooting pun dimulakan...

1. Dah pastikan insert dimasukkan dgn betul dan kemas?
2. Cd di pakaikan pada anak juga kemas? bahagian peha atau pinggang   mestilah kemas, tp   jgnlah sampai ketat sgt..kang tak bernafas lak budak tu.
3. Sebelum pakai dah buat prewash ke?at least 3 kali. Ini untuk membersihkan sisa dari kilang & untuk menjadikan CD & insert memberi kuasa penyerapan yg lebih.
4. Semasa basuhan adakah anda menggunakan pencuci yg tidak mengandungi pelembut kain/pewangi kain?

Kalau jawapan anda YA pada semua soklan di atas, sepatutnya tiada masalah kebocoran berlaku.

mmmm..mari kita siasat lagi...


Berapa lamakah waktu pemakaian CD digunakan?..

Ini adalah jawapan yg diberikan oleh salah sorang dari customer saya....

"aku pakaikan dari kul 7 mlm sampai pagi la..bile pagi aku tgk bocor.."

owwwhhhh...patutla bocor..penggunaannya hampir 12 Jam!!. Sudahlah anaknya berusia 3 tahun...pasti kencingnya lebih bnyk dari bayi yg lebih kecil. Anak saya (baby 9 bln) pun pakai paling lama pun 6 jam untuk double insert.

Perlu diingatkan, CD bukan seperti Disposable diapers yg mengandungi GEL yg boleh menyerap & bertahan sehingga 12 jam. Saya rase..yg pakai DD pun x pakai kan sebegitu lama.


Biasenya bagi 1 insert ( 3 layer of microfiber) boleh bertahan selama 3-4 jam bergantung kepada berapa bnyk air kencing kanak2 itu. Bagi yg heavy wetter mungkin boleh pakai double insert walaupun di siang hari sekiranya nk bertahan sehingga 5-6 jam. Baby saya heavy wetter kalau siang dia pakai 1 insert boleh tahan sehingga 4 jam. Malam biasanya saya pakaikan double insert boleh bertahan sehingga 6-7 jam. Kalau keluar bersiar pun sy akan pakaikan double insert..sbb bila kita dukung anak, kita dah press cd anak kita..so, lebih cepat bocor.

Ini adalah contoh yang disarankan untuk waktu pemakaian CD:

 7 pg - 10 pg         : 1CD + 1 insert
10 pg - 1 tghr        : 1CD + 1 insert
1 tghr - 4 ptg         : 1CD + 1 insert
4 ptg - 7 ptg          : 1CD + 1 insert
7 ptg - 12 mlm      : 1CD + 2 insert
12 mlm - 7 pg       : 1CD + 2 insert

So, total sehari 6 keping CD dgn 8 helai insert. Ini hanyalah cadangan sahaja. Ianya bergantung pada berapa bnyk baby kencing.

Ada lagi satu cadangan dari saya, kalau anak memang kuat kencing...mungkin boleh letakkan lagi satu lapisan kain seperti tuala atau  kain napkin dibahagian atas CD. Tp nanti jadik tebal lah. Atau lebih mudah..kerapkan aje tukar CD nya. :)

Ini adalah CLOTH diapers. Sifatnya x sama dengan disposable diapers...tetapi ianya adalah lebih baik dari disposable.


mamaEmyr

Friday 17 June 2011

New Stock with New Price

                                                                    SALE!!

PLAIN  BABYLAND CD WITH COLORED BUTTON FOR ONLY RM 23/PCS

From Left : Red, Yellow, Purple, Orange

PLAIN QQ BABY CD FOR ONLY RM 23/PCS

From Left : Pink, Baby blue, Blue, Light Yellow


ALL PRINTED QQ BABY, BABYLAND & SUNNYBABY CD ONLY RM 25/PCS

From Left: Brown Moo, Tiger, Cheetah, Moo Moo




From Left : Jeans, Bunny, Blue Bubbles, Green Sporty Tiger, Red Sheep, BlueBlack



PRINTED WETBAG WITH DOUBLE ZIP ONLY RM 20/PCS

From Left : Pink Flower, Purple Snowflakes, Blue flower, Purple swirl
                                                      


                                                        GRAB IT FAST!!

WITH EVERY PURCHASE OF 3 CD ABOVE, WILL GET 1 LAUNDRY BAG FOR FREE....!!
INTERESTED, PLEASE FILL THE ORDER FORM OR YOU CAN SEND EMAIL TO US OR CALL/SMS TO 012-6551096 (YUS).

Wednesday 15 June 2011

My Words on Wednesday.... :p

Nowadays so many types or design of cloth diapers. Googeling at internet for the type design(mcm design aircraft la plak) of the cloth diapers makes me wanna make it on my own..(wah mcm pandai jahit..;P)bukan ape nampak macam senang..macam la kan. There are free patterns on the internet..but most of the cute CD pattern you have to buy it. Even if you want to sell your own cloth dipers using their pattern you should get the license from them.

Jom cuci mata...














If you think buy it or sew it by yourself its kind of expensive or even you dont have any sewing machines, you still can go for cloth diapers using the simplest thing that you can find in your home, such as your old T-shirt or your child napkins.










nak lagi senang...hah amik ko!













By thinking a cloth diaper is expensive then you turn up to disposable diapers..think it again. Its all about to change your baby healthy life style and of course its eco friendly. Remember..this is not a trend, but it is a choice for you to make a big changes to your life.

                                            











mamaEmyr

Friday 3 June 2011

How to wash Cloth Diaper

Penggunaan kali pertama

1. Basuh dahulu (prewash) CD dan insert sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan utk kali pertama.

2. Cara basuhan  tak perlu diberus. Boleh basuh menggunakan tangan atau mesin basuh tetapi eloklah menggunakan laundry bag supaya menjaga kualiti CD. Perlu dingatkan supaya menggunakan sabun yg tidak mengandungi  "enzyme" seperti pewangi dan pemutih. Ini akan menyebabkan sesetengah bayi mempunyai kulit yg sensitif.


Bagi penggunaan seterusnya

1. Sebelum basuh keluarkan insert dari pocket CD. Gunakan laundry bag supaya CD tahan lama dan dimasukkan ke dlm mesin basuh. Kurangkan sukatan sabun dan digalakkan menggunakan sabun jenis cecair supaya tidak melekat pada CD apabila kering.

2. Sekiranya terdapat najis, buangkan dahulu najis kedalam lubang tandas dengan menggunakan pancuran air paip dan dibilas dengan air sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh. Najis yg melekat pada microfleece sgt mudah ditanggalkan.

3. Jika CD tidak sempat dibasuh, tinggalkan sahaja dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.



Tips

1. Sekiranya masih ada kesan kuning pada microfleece akibat dari najis bayi, gunakan sedikit cecair pencuci pinggan (cth "Sunlight") gosokkan pada permukaan yg kotor dgn tangan, kemudian basuh seperti biasa.

2. Setelah penggunaan yg lama, insert akan kekuningan atau tidak putih gebu. Caranya rendam insert dgn sedikit soda bikarbonat kemudian basuh dan bilas dgn air yang dicampurkan sedikit cuka. JANGAN gunakan cuka pada poket CD ini akan merosakan PUL yg boleh mengakibatkan kebocoran.

3. JANGAN masukkan pelembut atau clorox semasa membasuh, kerana pelembut akan mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakan CD.


Antara sabun-sabun yang disyorkan untuk basuhan CD:

1. Cosway Kiddiewash (dicadangkan sgt)
2. Trojan (paling basic)
3. Might detergent
4. Rocking Green Detergent (RGD)
5. lunacare
6. Mei Mei Laundry Cleaner
7. Top
8. Pureen HAD
9. Ecomax dr cosway
10.Charlie's Soap
11. Tiny Bubbles Detergent by The Natural Baby Co

Pilihan mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. sekiranya nak yg lebih mudah & murah CUKA dan SODA BIKARBONAT adalah jauh lebih selamat daripada bahan kimia dlm sabun pencuci biasa.

mamaEmyr

Pocket diaper

Apa tu Pocket Diaper?..Memandangkan kami hanya menjual CD dari jenis pocket buat masa ini, (insyaallah kehadapan akan ditambah lg produk2 yg terbaik).. nk la share kt sini apa tu pocket diaper.

Pocket diaper mempunyai beberapa ciri:
1. Outer layer : Which is a waterproof outer layer yg menggunakan fabric jenis polyurethane   laminate (PUL).

2. Inner layer : Kebiasaannya inner layer di perbuat dari fabric yg lembut, mudah menyerap basahan, meninggalkan rase kering dan yg penting tidak membahayakan kulit bayi. Biasa fabric yg digunakan dari jenis fleece, bamboo, cotton & sebagainya.

3. Insert/soaker : Mesti dari fabric yg mempunyai kuasa pnyerapan yg baik. Microfiber adalah jenis soaker/insert yg digunakan dlm pocket diaper. Fabric hemp juga boleh digunakan sbg insert.

4. Pocket : Pocket adalah tempat untuk dimasukkan insert/soaker pada CD.


Cara dan penggunaannya

Mudah bukan..apa lagi..marilah bertukar kepada Cloth Diaper. Mengelakkan masalah ruam lampin, mengurangkan sampah sarap, bayi lebih kering, sihat dan ceria.  Dan paling penting menjimatkan!!

Bayi yang ceria, Ibu gembira & Keluarga yang bahagia...



mamaEmyr

Tuesday 31 May 2011

ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI

Kebiasaannya bagi mereka atau lebih tepat parents yang baru mengatahui tentang cloth diapers ni, first impression mereka.."ishh mahal la"..atau "buat apa nk susah-susah membasuh?..pakai buang je kan senang." Ya..itu adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya sewaktu mula-mula suami saya mencadangkan agar Tomo-Tomo di pakaikan CD. Tanpa berfikir panjang itulah yang saya katakan. Tetapi semuanya berubah bila sewaktu dalam pantang, setiap 2 atau 3 hari mak saya akan membuang satu timbunan lampin pakai buang yg sangat bnyk. Saya rasa disposable tomo-tomo adalah penyumbang kpd bertambahnya sampah sarap di rumah mak saya. Yang sedihnya lg..DD tu semua x boleh dibakar..sbb x dimakan api. Itu satu hal, yg lainnya pula setiap 2 minggu kami kena beli stok DD (mmgla baby baru lahir byk guna DD), tp yg selalu jdk hal..mesti pening nak beli brand apa..nak yg murah, kualiti bagus, dan yg paling penting bnyk. Dah bermacam-macam brand yg kami pakai kan pada tomo-tomo sehingga satu tahap saya rasakan seperti memakaikan plastik! pada anak saya, hanya kerana nak memenuhi kriteria DD kami. So, finally we decided to change to cloth diapers. Yes! its more save actually, no more pile of rubbish and the most important it is healthy to our baby. At first, yes we have to pay more for a set which is only 5 Pcs of the CD and we added to 10 pcs more. But to compare with DD ianya jauh lebih menjimatkan. Kenapa? perkiraannya....


Katakan anak anda guna 7 keping lampin pakai buang (DD) sehari


Sekeping DD berharga RM0.50 (secara purata)

RM0.50 x 7pcs = RM3.50 sehari


RM3.50 x 365 hari = RM1,277.50 setahun


RM1,277.50 x 3 tahun = RM3,832.50

itu kalau yang pakai brand yang biase..kalau anak yg jenis kulit sensitif..maka lagi mahal la DD nye. Ini kira2 untuk penggunaan seorg anak. 

Beza kalau guna CD:


Sekeping CD berharga RM35 (secara purata)
 
Katakanlah seorg anak memerlukan sebanyak 15 CD (dgn tempoh cucian semula 2 hari sekali)

RM35 X 15 pcs = RM525

CD ini boleh digunakan dari newborn sehingga 2 atau 3 tahun bg CD jenis One Size. Malah boleh digunakan untuk anak yg seterusnya..sgt2 menjimatkan.


Setelah dibuat calculation baru kita akan nampak akan penjimatannya. Walaupun diawal pembelian kita terpaksa mengeluarkan wang yg lebih, tetapi ianya masih lg murah jika dibandingkan kos penggunaan selama 2-3 tahun. Boleh juga beli sikit2 sampai cukup untuk fully CD, semuanya ikut bajet masing-masing.

Pada saya secara personal, tak susah nak kendalikan CD, untuk membasuh hanya keluarkan "insert" dari pocket Cd, sekiranya ada najis baby, buangkan dahulu najis dalam lubang tandas, kemudian masukkan saje ke dalam mesin basuh dgn menggunakan sabun yg tidak mengandungi enzim atau bahan pelembut. Ini adalah utk menjaga kualiti serapan CD. Pocket CD ni sgt cepat kering walaupun di jemur di bawah kipas semalaman. Jadik tak perlu risau sekiranya anda tidak mempunyai stok CD yg banyak.

Anyway, semuanya bergantung kepada parents itu sendiri, kita yang memilih apa yang terbaik untuk anak kita. Bye



mamaEmyr