Friday, 3 June 2011

How to wash Cloth Diaper

Penggunaan kali pertama

1. Basuh dahulu (prewash) CD dan insert sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan utk kali pertama.

2. Cara basuhan  tak perlu diberus. Boleh basuh menggunakan tangan atau mesin basuh tetapi eloklah menggunakan laundry bag supaya menjaga kualiti CD. Perlu dingatkan supaya menggunakan sabun yg tidak mengandungi  "enzyme" seperti pewangi dan pemutih. Ini akan menyebabkan sesetengah bayi mempunyai kulit yg sensitif.


Bagi penggunaan seterusnya

1. Sebelum basuh keluarkan insert dari pocket CD. Gunakan laundry bag supaya CD tahan lama dan dimasukkan ke dlm mesin basuh. Kurangkan sukatan sabun dan digalakkan menggunakan sabun jenis cecair supaya tidak melekat pada CD apabila kering.

2. Sekiranya terdapat najis, buangkan dahulu najis kedalam lubang tandas dengan menggunakan pancuran air paip dan dibilas dengan air sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh. Najis yg melekat pada microfleece sgt mudah ditanggalkan.

3. Jika CD tidak sempat dibasuh, tinggalkan sahaja dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.



Tips

1. Sekiranya masih ada kesan kuning pada microfleece akibat dari najis bayi, gunakan sedikit cecair pencuci pinggan (cth "Sunlight") gosokkan pada permukaan yg kotor dgn tangan, kemudian basuh seperti biasa.

2. Setelah penggunaan yg lama, insert akan kekuningan atau tidak putih gebu. Caranya rendam insert dgn sedikit soda bikarbonat kemudian basuh dan bilas dgn air yang dicampurkan sedikit cuka. JANGAN gunakan cuka pada poket CD ini akan merosakan PUL yg boleh mengakibatkan kebocoran.

3. JANGAN masukkan pelembut atau clorox semasa membasuh, kerana pelembut akan mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakan CD.


Antara sabun-sabun yang disyorkan untuk basuhan CD:

1. Cosway Kiddiewash (dicadangkan sgt)
2. Trojan (paling basic)
3. Might detergent
4. Rocking Green Detergent (RGD)
5. lunacare
6. Mei Mei Laundry Cleaner
7. Top
8. Pureen HAD
9. Ecomax dr cosway
10.Charlie's Soap
11. Tiny Bubbles Detergent by The Natural Baby Co

Pilihan mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. sekiranya nak yg lebih mudah & murah CUKA dan SODA BIKARBONAT adalah jauh lebih selamat daripada bahan kimia dlm sabun pencuci biasa.

mamaEmyr

No comments:

Post a Comment